Risalah dari DPM; Adab Seorang Hamba
_____________________________________________________
Oleh: Saudara Ahmad Hassan Bin Ismail
Adab adalah satu elemen yang penting dalam Islam sebagaimana yang dinyatakan di dalam artikel saya sebelumnya. Namun, adabyang paling utama perlu dijaga adalah adab dengan Allah s.w.t. dan Rasul-Nya. Ingin saya fokuskan pada kali ini berkenaan adab seoranghamba kepada Sang Penciptanya yang Maha Agung. Kerana adab dengan Tuhan adalah asas bagi segala adab, kerana mereka yangmenjaga adab dengan Allah s.w.t. dengan sebaik mungkin, pastilah mampu menjaga adabnya dengan makhluk yang lain.
Seorang hamba yang menjaga adabnya dengan Allah s.w.t. pasti tahu bagaimana caranya bagi mereka menyembah Allah s.w.t denganmemahami apakah ilmu ikhlasnya, bagaimana caranya untuk dia menjauhi sifat riya’ dan hamba tersebut mestilah bertegas dan memusuhi segala jenis syirik.Amat mustahil bagi mereka yang mahu beradab dengan Tuhan namun gagal dalam memahami caranya untuk mengabadikan diri dengan Tuhan.
Mereka yang mahu menjaga adab dengan Allah s.w.t. juga mestilah tahu bahawa lahirnya adab yang ikhlas itu adalah dengan adanya rasacintakan Allah s.w.t lebih dari segalanya. Mereka yang cintakan Tuhan pasti akan mengagungkan-Nya dan berasa takut melebihi segalanya. Keranasiapa yang merasakan mereka boleh beradab pada sesuatu yang tidak mereka takut? Dengan sebab itulah hanya mereka yang mempunyaikeyakinan dan ketakwaan yang tinggi sahaja dapat melahirkan rasa takut pada Allah s.w.t.
Firman Allah.s.w.t yang bermaksud:
“Dengan (azab) yang demikian, Allah menakutkan hamba-hamba-Nya. Oleh itu, bertakwalah kepada-Ku wahai hamba-hamba-Ku”
(Surah az-Zumar: 16)
Mendapatkan taqarrub IlAllah itu ada banyak cara, terpulang bagi diri masing-masing untuk memilih, selagi ianya tidak pula mengundangkemarahan Allah s.w.t. Antara caranya adalah dengan mengasihi orang yang soleh, kerana dengan mencintai mereka yang taat akan membawa kitakepada ketaatan. Selain itu, kita juga boleh mendapatkan rasa cinta itu dengan mencintai amalan baik, segera melakukan amalan baik tanpabertangguh dan memikirkan pandangan manusia. Selain memperbanyakkan amalan sunat kerana dengan amalan sunatlah yang mengangkatmartabat seorang hamba.
Terdapat banyak lagi toriq-toriq (jalan-jalan) yang boleh mendekatkan diri dengan Allah s.w.t. yang dengannya kita boleh mencapai rasakecintaan dan sekaligus tiada masalah untuk menjaga adab dengan-Nya. Terpulang bagi diri masing-masing untuk memilihnya kerana usaha untukmencapai rasa cinta kepada-Nya itu adalah wajib.
Apalah gunanya jika kita mengaku Allah s.w.t. itu sebagai Sang Pencipta tapi sering melakukan perkara yang mengundang kemurkaan-Nya. Jikaperjuangan untuk menegakkan syariah, menjalankan roda pemerintahan Islam dan hidup berjemaah itu dianggap bukan dari Islam, tiadalahgunanya kita mengaku bahawa kita mencintai Allah s.w.t. Kerana keberadaan syariah yang diturunkan oleh Allah s.w.t itu kepada manusia, adalahsupaya memudahkan manusia untuk mencari jalan terbaik bagi mengagungkan-Nya.
No comments:
Post a Comment